Solat Jama
   
    Yang dimaksud dengan solat Jama adalah penggabungan dua waktu solat dan      dikerjakan dalam satu waktu, misalnya solat Zhuhur dengan Ashar dan Maghrib      dengan Isya.
   
    Bila solat Zuhur dikerjakan bersama-sama dengan Ashar di waktu Ashar, maka      dinamakan Jama Ta'khir. Sebaliknya bila solat Ashar dikerjakan bersama-sama      dengan Zuhur di waktu Zuhur disebut Jama Taqdin. Demikian juga bila solat      Maghrib dan Isya dikerjakan bersama-sama pada waktu Maghrib, ia disebut     Jama Taqdim, sebaliknya solat      Maghrib dengan Isya dikerjakan bersama-sama pada waktu Isya, ia dinamakan Jama Ta'khir.
   
    Zuhur, Ashar, Isya dan Maghrib, rakaatnya tetap, 4,4,4, dan 3. Dalam      solat Jama' baik yang taqdim maupun takhir, maka solat yang didahulukan      mengerjakannya adalah solat yang lebih dulu waktunya. Jadi, bila selesai      dengan shalat Zuhur, harus dilanjutkan dengan solat Ashar; begitu pula dengan solat Maghrib dan Isya.
   
    Solat Jama boleh dikerjakan oleh orang-orang yang:           
- Kerana dalam perjalanan atau musafir, iaitu sejak ia berangkat hingga kembali ke kampung
 - Kerana sedang mengerjakan pekerjaan-pekerjaan berat yang betul-betul sulit ditinggalkan.
 - Ataupun sebab-sebab lain yang seseorang tidak mampu menunaikan solat tersebut tepat pada waktunya.
 
Harus ada niat dalam hati bahawa ia mengerjakan solat Jama'.
   
    Shalat Qasar
   
    Yang dimaksud dengan solat Qashar ialah mengerjakan solat yang empat      rakaat menjadi 2 rakaat sahaja, yakni solat Zhuhur, Ashar, dan Isya. Dalam Al      Quran disebutkan:
"Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqashar shalatmu jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu". (An Nisa 101).
Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud dari Yahya bin Mazid r.a. katanya:
"Saya telah bertanya kepada Anas tentang      mengqashar shalat. Jawabnya:  Rasulullah      s.a.w. "Apabila ia berjalan jauh 3 mil      atau 33 farskah (25,92 km), maka beliau solat dua rakaat"
   
   
    Dalam keterangan lain disebutkan bahwa Umar r.a. bertanya kepada      Rasulullah s.a.w.      :"Apakah halnya kita, sedangkan kita telah aman".
   
    Rasulullah s.a.w.      menjawab:     "Itu adalah sadakah yang diberikan Allah s.w.t. kepada kamu, maka terimalah      sedekahnya itu" (HR Ja'la bin Umayyah)
   
    Solat Qashar boleh dikerjakan oleh seseorang yang tengah berpergian (musafir)      baik dalam keadaan aman, maupun dalam keadaan ketakutan; baik perjalanan      wajib atau biasa, asalkan perjalanan yang bukan maksiat. Dalam perjalanan      Haji, menuntut ilmu, berdagang, mengunjungi sahabat dan lain-lain, halal      untuk
    mengqasharkan solat.
   
    Adapun solat qashar saja, maupun qasahar dan jama' yang dilakukan seseorang      selama masa perjalanan, maka setelah ia tiba dirumah kembali, solatnya      tidak perlu diulangi.
   
    Seorang musafir, boleh mengerjakan jama' dan qashar sekaligus. Bila ingin      mengerjakan jama, dan qashar, jika ingin azan, maka azannya cukup satu kali      saja dan iqamahnya dua kali. Caranya, mula-mula azan, lalu iqamah dan solat.      Bila telah selesai ia iqamah sekali lagi untuk solat berikutnya. Solat      qashar adalah
    bagian dari ketetapan agama Islam.
   
    Boleh jama' di dalam negeri
    
    "Telah berkata Ibnu Abbas:  Rasulullah      s.a.w. pernah sembahyang jama' antara      Zuhur dan Ashar, dan antara Maghrib dan Isya, bukan diwaktu ketakutan dan      bukan di dalam pelayaran (safa). Lantas ada orang bertanya kepada Ibnu Abbas:      "Mengapa Rasulullah s.a.w.       berbuat begitu? Ia menjawab: "Rasulullah      s.a.w.  berbuat begitu kerana tidak mahu memberatkan seorangpun      daripada umatnya". (HR Imam Muslim)
   
    Boleh Seketika, Tetapi Bukan Leluasa
    
    Bila anda berpergian sebelum tergelincir matahari (yaitu sebelum Zuhur dan      ternyata Zuhur tidak dapat dikerjakan pada waktunya kerana ada kerumitan      atau halangan yang susah dielakkan), maka Zuhur dapat dikerjakan pada waktu      Ashar, bersama-sama dengan solat Ashar. Bila anda keluar sesudah tergelincir matahari, yakni sudah      dalam Zuhur, sedangkan anda sendiri memperkirakan tidak mungkin ada      kesempatan untuk mengerjakan solat Ashar tepat pada waktunya, maka Ashar      dapat anda kerjakan bersama-sama solat Zuhur di waktu Zuhur itu juga, demikian halnya dengan solat Maghrib dan      Isya.
   
    Yang Penting Niat
   
    Bagi seorang yang betul-betul sibuk dengan tugas yang tidak dapat      ditinggalkan (atau bila ditinggalkan dapat merosak), maka baginya ada      keizinan/keringanan untuk mengerjakan solat jama' (Zuhur dengan Ashar di      waktu Zuhur atau Zuhur dengan Ashar di waktu Ashar. Begitu juga Maghrib      dengan Isya, sekali pun ia berada di dalam kota atau negeri. Tetapi, cara      yang demikian bukanlah untuk dijadikan kebiasaan, namun dibenarkan bagi yang      memang memerlukan, baik dalam solat atau diluar solat.
Pada waktu sujud dianjurkan membaca:
   
    Sajada wajhiya lilladzii khalaqahu wasyaqqa sam'ahu wabasharahu bihawlihi      waquwwatihi. (Aku bersujud kepada Allah yang menciptakannya, memberikan pendengaran dan      penglihatan dengan kekuasaan dan kekuatan-Nya)
   
    Catatan:
   
    Bila diluar solat, pembacaan ayat yang ditentukan melakukan sujud tilawah,      maka pendengar (menyaksikan) dianjurkan ikut bersujud; bila mereka tidak      ikut bersujud, maka tidak akan berdosa.
   
    Bila dalam solat jamaah, Imam bersujud tilawah, maka makmum wajib ikut      bersujud, bila makmum tidak bersujud, maka gugurlah kedudukannya sebagai      anggota solat berjamaah. 












0 comments
Posting Komentar